Saturday 28 July 2012

Cara Pengambilan SDII semasa BERPUASA

Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan. Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita berjaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.

Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah mestilah memakan cukup protein semasa berdiet. Cukup protein disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehla buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing.

Contohnya : 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka,  1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya tetap 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur ( 2 skup).

SAHUR = 3 SCOOP SD2 + 300ML AIR

BUKA PUASA = 3 SCOOP SD2 + 300ML AIR

SEBELUM TIDUR = 2 SCOOP SD2 + 300ML AIR
Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protein maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti kulit anda tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung.
Sekiranya cukup memakan protein maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik. Kesan kedua adalah apabila anda tidak cukup memakan protein dan anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubatan diet yang ada di pasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protein yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.

Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit makan anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya iaitu 2 skup 4 kali sehari. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebih kurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul supaya anda tidak mengalami kesan sampingan yang tidak baik.

Cara Pengambilan SDII

Bagi memberi kesan yang lebih maksimum anda disarankan mengurangkan diet karbohidrat, berlemak dan menambahkan diet protein. Apabila badan kita kurang sumber-sumber ini, makan dengan semulajadinya pembakaran lemak yang disimpan dibadan kita akan dibakar oleh metabolisme badan. Kita juga memerlukan protein yang cukup untuk menggantikan sel-sel yang telah mati. SD2 akan bertindak sebagai catalyst atau penggalak pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat.



Saranan saya di sini, produk pelangsingan di pasaran memang terlalu banyak membuatkan kita selalu keliru dan rata-rata ingin kesan yang cepat. Yang penting adalah anda perlu bijak memlih dan anda haruslah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan. Apa-apa pun disiplin diri dan kesetiaan kepada program adalah penting dan kuncinya.

Plan yang mudah diikuti:
SATU, tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET 2 kedalam 200-250ml air masak / sejuk.
DUA, kurangkan makanan berLEMAK dan berGULA.
TIGA, tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut.

4 gelas SD2 sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.

Pengambilan jus buah-buahan adalah tidak dibenarkan semasa menjalani program ini kerana kandungan karbohidrat dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20-35gm sehari.

Minum air masak / sejuk 7 gelas sehari atau 3 liter sehari. Kerana ini dapat membantu proses pembakaran lemak berlaku dengan mudah.

Adalah satu BONUS kepada anda jika melakukan SENAMAN selama paling tidak 30 minit sehari.

Makanan yang disarankan ketika menjalani program SD2:
Makanan berprotein iaitu ayam, daging, keju, telur, ikan, makanan laut dan kambing. Bijirin iaitu beras perang, kacang dan bijiran oat. Sayuran segar iaitu asparagus, kobis, lobak, cendawan, tomato, bawang dan sayur-sayuran lain. Buah-buahan yang kandungan karbohidrat rendah iaitu epal, pisang, anggur, dan oren. TIDAK DIGALAKKAN mengambil makanan berkarbohidrat tinggi seperti NASI dan ROTI


Sumber ini saya hanya copy n paste dari biz partner saya..

Friday 27 July 2012

Menu Semasa ber SD2

Uutuk anda yang mengamalkan Slim Diet 2, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu lebih kreatif untuk pelbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan karbohidrat dan gula) supaya kita lebih banyak pilihan dan tidak cepat jemu melihat makanan yang sama setiap hari. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan.

Buat permulaan, fokus makanan anda kepada 5 jenis lauk pauk ini: ayam/burung, ikan, daging, telur dan makanan laut. Lima jenis makanan ini tiada limit untuk anda makan sehari. Makanan yang lain ada mengandungi karbohidrat dan anda harus kira berapa gram kharbohidratnya setiap hidangan untuk anda makan.

SARAPAN PAGI:
1) Telur - mata kerbau, setengah masak, omelet (campur sausage, bawang, capsicum dan tomato)
2) Sausage - rebus, grill, slice kecil dan goring
3) Burger daging & ayam
4) Ayam kukus dengan spiced
5) Fish finger.fillet (cari yang chunky kurang tepung)

MAKAN TENGAHARI:
1) Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telur itik dan sayur hijau dalam apa juga cara masakan
2) Young tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuah coklat yang manis

MAKAN MALAM:
1) Sup, tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur
2) Sate ayam, lembu, daging, perut etc (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)
3) Tahu bakar dan sotong kangkung
4) Watern: Chicken chop, Lamp chop, steak (kurangkan kuah & jangan makan kentang)
5) Sama dengan makan tengah hari

SNEK:
1) Tempe / ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan cili potong (jangan ambil terlalu banyak dalam sehari kerana tempe masih ada karbohidrat)
2) Nugget ayam, drummet, fish fingers (perhatikan label kandungan karbohidrat tidak melebihi 35gram sehari)


NOTA:
1. Makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, fishfingers, nugget ayam, drummet dan seumpamanya masih mengandungi karbohidrat lebih kurang 4gram setiap keping. Bergantung kepada jenama makanan tersebut.

2. Makanan dari bahan soya seperti tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dan seumpamanya bukan jenis protein isolate dan masih memnpunyai 30gram karbohidrat setiap 100gram makanan.

3. Jangan ambil lebih dari 35gram net karbohidrat sehari untuk badan masih membakar lemak.

4. Kalau makan diluar ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi pada kuah blackpepper atau mushroom sos.

5. Kebanyakan chilli/tomato sos ada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Baca dulu label dibelakang botol tersebut dan lihat berapa kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.

6. Kuah atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.

7. Buah-buahan juga mengandungi gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.

Kelebihan SDII



Ianya adalah selamat kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan. Ianya adalah berkesan. Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan. Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan.

Penurunan purata 1 minggu adalah 3kg jika setia pada prgram tanpa perlu berlapar. Program SD2 adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program  yang lain yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.

SD2 juga menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi. Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak. Yang penting sekali, kita boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau 'yo-yo effect' dapat dikurangkan.

Hasil dari kajian khusus dalam jurnal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTIN DAN DIET KETOGENIK. Ianya terbukti:

  • Selamat dan efektif kerana bersumberkan alami.
  • Bertindak mengikit sistem penurunan berat badan secara semulajadi dan maksimum.
  • Memulihkan punca pertambahan berat dan bukannya hanya merawat simptom.
  • Tidak menyebabkan otot menggeleber atau menyebabkan kendur melaikan otot dan kulit yang mantap.
  • Nyahtoksik & pembersihan sistem badan berlaku secara spontan. 
  • Program yang menawarkan ganjaran hebat dengan penurunan yang cepat berbanding dengan program yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori.
  • Berdasarkan jumlah jualan di Asia Pasifik, produk penurunan berat badan dengan NZ New Imange SD2 telah menurunkan 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.
  • Dijamin hasil yang memuaskan, berkesan dan menjimatkan.
- SD2 adalah program menurunkan berat PERTAMA DI DUNIA yang amalkan teknik kharbohidrat rendah. 
- Memegang catatan WORLD GUINNESS BOOK OF RECORDS kategori penurunan terpantas.
- Kunci kejayaan SD2 ialah: TURUNKAN DIET KARBOHIDRAT + KURANGKAN LEMAK.
- Penurunan purata 1 minggu = 3KG ADALAH PASTI! (jika setia pada syarat) Tanpa perlu berlaparan.

Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET 2 membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protein berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protein (protein soya isolate). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan pernafasan dan obesiti. InsyaAllah.

Ianya tidak menyebabkan:
1) Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari.
2) Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.

Pengurangan berat badan melalui SD2 adalah sangat mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

PROTIN:
Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebgai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.

Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

SLIM DIET 2 atau singkatannya SD2 dari New Image hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SD2. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi dari lemak tepu dan kolestrol.

Alpha Lipid, From New Zealand to Malaysia


SD2 adalah produk pelangsingan badan yang terkenal di New Zealand dan kini baru dipasarkan di Malaysia. Prgram yang berdasarkan kepada penyimpanan protein dan diet ketogenik ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan Harvard Medical University (Dr. George Cahill and Dr. George Blackburn). Hasil dari kajian ini, syarikat NZ New Image Asia Sgn Bhd yang juga pengeluar produk Colostrum Alpha Lipid Lifeline telah menghasilkan produk SD2 yang mempu menggegarkan pasaran di Malaysia.

Dr. George Cahill

Dr. George Blackburn

SD2 berasaskan soya protein isolate yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya diperkaya dengan asid amino, bitamin A, B, C, D, E dan mineral. SD2 juga bukanlah "meal replacement" dimana kita perlu berlapar tetapi "meal supplement" di mana anda perlu makan tanpa meninggalkan ruti harian anda. Oleh itu, semasa menjalani program ini kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.

Selepas 15 hari bersama SDII

Assalamualaikum

Lama saya menghilangkan. Saya mohon maaf kerana saya tidak boleh konsisten untuk terus update Diari Diet saya. Saya masih dalam program SD11. tetapi saya tidak sempat menulis di sini disebabkan tuntutan kerja hakiki yang sangat mencabar. Segala masalah saya kena selesaikan dengan baik. Menjadi sorang 'bos' bukan senang walaupun orang nampak kita di atas. Tetapi saya menerima dengan seadanya jika itu rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan anak anak.

Berbalik kepada Program diet saya bersama Alpha Lipid SDII, pada saya saya telah berjaya. kanapa? sebab saya berjaya turunkan berat badan saya.. semasa hari pertama saya mengambil SD2, berat adalah 79.6kg, dan pada hari ini berat saya ialah 74kg. Sebanyak 5.6Kg saya sudah berjaya buang lemak. syukur disitu..kerana angka telah berubah kan.. Saya bersyukur berat telah turun kerana saya telah mengambil Injection DEPO di mana injection ini telah menyebabkan saya gemuk dan juga boleh melambatkan penurunan berat badan seeseorang. Dan dengan Alpha lipid SD2 saya berjaya mengurangkan berat tersebut. Happy kan.

Pada masa sekarang saya masih dalam program SD2 ini. berat ideal saya belum tercapai kan. Sekarang bulan puasa di harap berlaku penurunan yang lagi besar hehe..

Cukup sampai di sini dulu ye.. ada tuntutan yang mengejar saya

Oh, saya dah menjadi Agen Berdaftar untuk mengedar ALPHA LIPID SD2. 

So, sesiapa yang nak turunkan berat badan, nak order SDII,  nak buat side income atau pun ada sebarang pertanyaan tentang SDII ni boleh hubungi saya ye

012-2123609



liamad @ liamad456@gmail.com



Wednesday 18 July 2012

Diari Diet Day 5

Sambungan diari diet kali ni saya rangkum sekali day 5 6 7 ye.. jom diet  bersama Alpha Lipid SDII

Day 5
15.7.12 (Ahad)

Pagi (Breakfast)

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Sup campur (cendawan, tofu telur + meatball)
3. Air masak

Tengahhari (Lunch)

1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Sup Sayur + tofu telur + fishball, ikan seekor stim
3. Air Masak


Petang (Dinner)

1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Ikan siakap masak 3 rasa, kerang bakar, sayur kailan ikan masin, seketul sup ekor
3. Air Masak


Sebelum tidur (Supper)

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml )
2. Air Masak
Macam biasa antara ke waktu tu saya hanya minum air masak je.. malas satu dan rasa kenyang satu. tetapi makan tetap kena makan. Air masak kan 0 kalori kira makan la jugak tu hehe

Air mesti 2+- liter ye kawan kawan



Day 6
16.7.12 (Isnin)

Pagi (Breakfast)
1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Ayam masak merah seketul, telur mata 1 biji
3. Air masak
Tengahhari (Lunch)
1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. sup , sekor ikan keli bercili
3. Air Masak


Petang (Dinner)
1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Ikan siakap stim, butter prawn, tofu, sayur bendi campur terung
3. Air Masak


Sebelum tidur (Supper)
1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml )
2. Air Masak


 Macam biasa antara ke waktu tu saya hanya minum air masak je.. malas satu dan rasa kenyang satu. tetapi makan tetap kena makan. Air masak kan 0 kalori kira makan la jugak tu hehe

Air mesti 2+- liter ye kawan kawan





Day 7
17.7.12 (Selasa)

Pagi (Breakfast)
1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Kerang sambal, sayur tempe
3. Air masak
Tengahhari (Lunch)
1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Meatball ikea, salmon + brocolli, chicken wings
3. Air Masak



Petang (Dinner)
1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Grill chicken chop tapi kentang saya x makan, only chicken with salad je3. Air Masak


Sebelum tidur (Supper)
1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml )
2. Air Masak


 Macam biasa antara ke waktu tu saya hanya minum air masak je.. malas satu dan rasa kenyang satu. tetapi makan tetap kena makan. Air masak kan 0 kalori kira makan la jugak tu hehe

Air mesti 2+- liter ye kawan kawan


Sekian menu untuk hari ke 5, 6 dan 7.

Kita jumpa lagi nanti ye..

Lia Mad @ liamad456@gmail.com