Friday 6 July 2012

Keperluan vs Kehendak

Assalamualaikum...

Hari ni pagi pagi dah buat entry. Hari sabtu kebanyakan orang tak kerja kan. Tetapi bila bekerja sendiri dan terikat dengan komitmen saya perlu bekerja pada hari Sabtu. Hari sabtu adalah hari di mana saya boleh mengemas kini semua kerja kerja yang tertangguh sepangjang hari bekerja yang lain. Ini kerana pada hari ini, org ofis besar tiada, dan panggilan telefon yang masuk pun berkurangan, jadi bolehlah kita memberi tumpuan sepenuhnya. tengok keadaan juga, kekadang kalau saya tiada mood harus keluar juga mengular  hehe

Tetiba hari ni nak tulis tentang tajuk tersebut. Semua orang ada keinginan kan. Ada impian ada cita-cita. Kita semua boleh bermimpi.. tetapi yang penting bagaimana kita nak mencapai mimpi - mimpi tersebut. jika sekadar berangan dan berangan tetapi tiada kuasa tindakan, itu adalah perkara yang sia sia sahaja. Hanya menyakitkan hati dan jiwa raga. Impian saya sangat besar dan impian saya sangat mudah. Cuma belum sampai masanya untuk saya berada dikedudukan itu. Insyaallah suatu masa nanti.

Keperluan adalah sesuatu yang memang perlukan kan? dan kehendak adalah hal yang setelah keperluan itu dipenuhi barulah boleh diikut kehendak tersebut. Betul kan? itu adalah pemahaman saya sahaja. Kadang kadang disebabkan pemahaman saya ini sering menjadi salah sangka untuk orang lain. Tidak mengapa, asalkan apa yang kita buat benar di jalan Allah itu yang penting.

Sekarang saya tengah set kan kat mind saya bahawa apa yg saya nak itu hanyalah kehendak sahaja. Jadi saya mestilah bersabar sehingga segala keperluan dipenuhi baru saya boleh tunaikan kehendak tersebut.

Sabar itu separuh dari iman. Jadi sabarlah dalam apa jua keadaan pun. Allah takkan membebankan hambanya jika dia tidak mampu..

Sekian igatan untuk saya :)



Lia Mad @ liamad456@gmail.com

No comments:

Post a Comment