Saturday 28 July 2012

Cara Pengambilan SDII semasa BERPUASA

Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan. Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita berjaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.

Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah mestilah memakan cukup protein semasa berdiet. Cukup protein disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehla buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing.

Contohnya : 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka,  1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya tetap 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur ( 2 skup).

SAHUR = 3 SCOOP SD2 + 300ML AIR

BUKA PUASA = 3 SCOOP SD2 + 300ML AIR

SEBELUM TIDUR = 2 SCOOP SD2 + 300ML AIR
Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protein maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti kulit anda tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung.
Sekiranya cukup memakan protein maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik. Kesan kedua adalah apabila anda tidak cukup memakan protein dan anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubatan diet yang ada di pasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protein yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.

Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit makan anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya iaitu 2 skup 4 kali sehari. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebih kurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul supaya anda tidak mengalami kesan sampingan yang tidak baik.

No comments:

Post a Comment