Wednesday 11 July 2012

BMI (Indeks Jisim Tubuh)

Assalamualaikum...

Semalam 11.7.12, saya telah berjaya melalui 1 hari diet bersama SDII. Alhamdulillah. Sudah lepas 1 hari. Perasaan saya? Sudah tentu saya gembira dan lansung tiada tekanan.

Diet bersama SDII ni sebenarnya diet protein. maknanya kita tak boleh makan makanan berkorbohidrat. Jadi nasi dan segala mee dan kentang dan apa lagi yg menyumbang karbohidrat mesti dielakkan. Nak seribu dayakan dan tak nak seribu dalih. Seperti saya, saya hanya perlu bersabar untuk 15hari sahaja untuk melihat hasilnya.. Jika saya berjaya melepasi 15 hari itu maknanya apa hehe.. Dan jika ada penurunan, mesti saya akan teruskan sehingga berat ideal saya tercapai. Target 15hari tu saya sendiri yang letak bukan ditetapkan oleh SDII program yer. hehe.. Matlamat kena jelas kan.. Berapa kilo kita turun kita tengok nanti, sebabnya saya tak nak ckp saya mau turun this amount kg, sebab saya takut kecewa nanti. Jadi selepas 15hari ada turun ke tak kan.

Cara nak kira BMI iaitu berat ideal kita: info ni kat (sila click bmi)

Berat (kg) / (tinggi (m) x tinggi (m) )

contohnya begini:

Berat saya: 79.6kg
Tinggi saya: 154cm = 1.54m

Jadi: 79.6kg / (1.54m x 1.54m) = 79.6kg / 2.37m = 33.59

BMI saya ialah 33.59

Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI : 

Kurang berat :  BMI kurang dari 20

Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9

Berat badan berlebihan  : BMI melebihi 25.0

Pra-obes :  BMI 25.0 hingga 29.9

Obes Kelas 1 :  BMI 30.0 hingga 34.9

Obes Kelas 2 : BMI  35.0 hingga 39.9

Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0
Jadi sekarang saya berada dalam Obes kelas 1

Untuk mendapat berat badan normal, kg saya mestilah +- 55kg

Jadi penurunan sebanyak 24.6kg mesti dilakukan.

Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti ye. berapa banyak kg yang boleh saya buang dalam masa 15hari ini.




No comments:

Post a Comment