Friday 6 July 2012

Satu Hari Satu Cerita..

Assalamualaikum..

Boleh ke? 1 hari saya berkongsi satu cerita? eh macam 1 Malaysia pulakkan.. Saya cuba untuk konsisten. Saya cuba untuk semuanya. Sekarang saya sedang cuba membina diri untuk menjadi seorang khalifah yang baik yang sentia ingat Allah, yang sentiasa menjadikan Allah yang pertama. Saya sedang belajar untuk menjadi lebih sabar, lebih cool dan lebih matang. Kenapa? sebab rasanya pada tahun tahun yang lepas banyak kekurangan yang telah saya lakukan. Tak salah kan untuk saya menjadi manusia yang lebih baik.

Oh saya ada lagi sebab untuk 'berblog'. Nanti saya kongsikan perjalanan saya untuk mencapai salah satu impian saya itu ye. Saya belum bermula lagi. Hanya bersabar dalam masa beberapa hari je lagi. Hehe.. Orang cakap duit bukan segala - galanya.. Ye saya setuju..tapi zaman sekarang segala-galanya perlukan duit kan? cuma bagaimana kita hendak mengawal duit tersebut je. Perjalanan saya untuk 'itu' akan saya kongsikan nanti. Oh banyak sungguh janji saya ye. Insyaallah, dengan izinnya semua itu akan dilaksanakan. Moga Dia memudahkan semuanya.

Saya sekarang masih menyesuaikan diri, dan jika perkara ini tidak boleh dikawal lagi, mungkin saya akan mengundurkan diri. Saya akan berikan semua untuk dia buat A to Z. Saya masih belajar dan saya tahu macammana sepak terajang dunia perniagaan, tetapi sebelum saya mengundur diri, saya mesti ada 'back up' yang lebih baik bukan. Jangan membuat sesuatu mengikut kata hati sahaja.. fikir dan rancanglah dengan teliti. Saya masih gagal dalam perancangan, tetapi saya juga mencuba untuk mencapai kejayaan melalui kegagalan tersebut. Sebelum berjaya mestilah kena gagal dulu kan, baru lah kita akan menghargai kejayaan yang akan kita perolehi.

Panjang dah saya menulis. Berhenti dulu dan sambung lagi.

Cerita tanpa gambar tak menarikkan. Takpe nanti kita masukkan gambar pulak. Sekarang saya tengah belajar macammana nak watermark gambar. Tentang it, gadjet saya tak berapa expert, setakat tahu je.. tapi tak pe yang penting kita ada hati nak belajar kan. Malu bertanya sesat jalan, walaupun kadang-kadang orang gelakkan saya kerana soalan yang saya tanya sangat senang padanya tetapi bukan pada saya.

Untuk bahagia kita yang tentukan caranya.. ingat tu..

Sekian.


Lia Mad @ liamad456@gmail,com

No comments:

Post a Comment