Saturday 28 July 2012

Cara Pengambilan SDII semasa BERPUASA

Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan. Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita berjaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.

Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah mestilah memakan cukup protein semasa berdiet. Cukup protein disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehla buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing.

Contohnya : 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka,  1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya tetap 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur ( 2 skup).

SAHUR = 3 SCOOP SD2 + 300ML AIR

BUKA PUASA = 3 SCOOP SD2 + 300ML AIR

SEBELUM TIDUR = 2 SCOOP SD2 + 300ML AIR
Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protein maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti kulit anda tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung.
Sekiranya cukup memakan protein maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik. Kesan kedua adalah apabila anda tidak cukup memakan protein dan anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubatan diet yang ada di pasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protein yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.

Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit makan anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya iaitu 2 skup 4 kali sehari. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebih kurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul supaya anda tidak mengalami kesan sampingan yang tidak baik.

Cara Pengambilan SDII

Bagi memberi kesan yang lebih maksimum anda disarankan mengurangkan diet karbohidrat, berlemak dan menambahkan diet protein. Apabila badan kita kurang sumber-sumber ini, makan dengan semulajadinya pembakaran lemak yang disimpan dibadan kita akan dibakar oleh metabolisme badan. Kita juga memerlukan protein yang cukup untuk menggantikan sel-sel yang telah mati. SD2 akan bertindak sebagai catalyst atau penggalak pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat.



Saranan saya di sini, produk pelangsingan di pasaran memang terlalu banyak membuatkan kita selalu keliru dan rata-rata ingin kesan yang cepat. Yang penting adalah anda perlu bijak memlih dan anda haruslah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan. Apa-apa pun disiplin diri dan kesetiaan kepada program adalah penting dan kuncinya.

Plan yang mudah diikuti:
SATU, tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET 2 kedalam 200-250ml air masak / sejuk.
DUA, kurangkan makanan berLEMAK dan berGULA.
TIGA, tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut.

4 gelas SD2 sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.

Pengambilan jus buah-buahan adalah tidak dibenarkan semasa menjalani program ini kerana kandungan karbohidrat dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20-35gm sehari.

Minum air masak / sejuk 7 gelas sehari atau 3 liter sehari. Kerana ini dapat membantu proses pembakaran lemak berlaku dengan mudah.

Adalah satu BONUS kepada anda jika melakukan SENAMAN selama paling tidak 30 minit sehari.

Makanan yang disarankan ketika menjalani program SD2:
Makanan berprotein iaitu ayam, daging, keju, telur, ikan, makanan laut dan kambing. Bijirin iaitu beras perang, kacang dan bijiran oat. Sayuran segar iaitu asparagus, kobis, lobak, cendawan, tomato, bawang dan sayur-sayuran lain. Buah-buahan yang kandungan karbohidrat rendah iaitu epal, pisang, anggur, dan oren. TIDAK DIGALAKKAN mengambil makanan berkarbohidrat tinggi seperti NASI dan ROTI


Sumber ini saya hanya copy n paste dari biz partner saya..

Friday 27 July 2012

Menu Semasa ber SD2

Uutuk anda yang mengamalkan Slim Diet 2, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu lebih kreatif untuk pelbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan karbohidrat dan gula) supaya kita lebih banyak pilihan dan tidak cepat jemu melihat makanan yang sama setiap hari. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan.

Buat permulaan, fokus makanan anda kepada 5 jenis lauk pauk ini: ayam/burung, ikan, daging, telur dan makanan laut. Lima jenis makanan ini tiada limit untuk anda makan sehari. Makanan yang lain ada mengandungi karbohidrat dan anda harus kira berapa gram kharbohidratnya setiap hidangan untuk anda makan.

SARAPAN PAGI:
1) Telur - mata kerbau, setengah masak, omelet (campur sausage, bawang, capsicum dan tomato)
2) Sausage - rebus, grill, slice kecil dan goring
3) Burger daging & ayam
4) Ayam kukus dengan spiced
5) Fish finger.fillet (cari yang chunky kurang tepung)

MAKAN TENGAHARI:
1) Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telur itik dan sayur hijau dalam apa juga cara masakan
2) Young tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuah coklat yang manis

MAKAN MALAM:
1) Sup, tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur
2) Sate ayam, lembu, daging, perut etc (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)
3) Tahu bakar dan sotong kangkung
4) Watern: Chicken chop, Lamp chop, steak (kurangkan kuah & jangan makan kentang)
5) Sama dengan makan tengah hari

SNEK:
1) Tempe / ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan cili potong (jangan ambil terlalu banyak dalam sehari kerana tempe masih ada karbohidrat)
2) Nugget ayam, drummet, fish fingers (perhatikan label kandungan karbohidrat tidak melebihi 35gram sehari)


NOTA:
1. Makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, fishfingers, nugget ayam, drummet dan seumpamanya masih mengandungi karbohidrat lebih kurang 4gram setiap keping. Bergantung kepada jenama makanan tersebut.

2. Makanan dari bahan soya seperti tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dan seumpamanya bukan jenis protein isolate dan masih memnpunyai 30gram karbohidrat setiap 100gram makanan.

3. Jangan ambil lebih dari 35gram net karbohidrat sehari untuk badan masih membakar lemak.

4. Kalau makan diluar ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi pada kuah blackpepper atau mushroom sos.

5. Kebanyakan chilli/tomato sos ada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Baca dulu label dibelakang botol tersebut dan lihat berapa kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.

6. Kuah atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.

7. Buah-buahan juga mengandungi gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.

Kelebihan SDII



Ianya adalah selamat kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan. Ianya adalah berkesan. Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan. Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan.

Penurunan purata 1 minggu adalah 3kg jika setia pada prgram tanpa perlu berlapar. Program SD2 adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program  yang lain yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.

SD2 juga menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi. Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak. Yang penting sekali, kita boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau 'yo-yo effect' dapat dikurangkan.

Hasil dari kajian khusus dalam jurnal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTIN DAN DIET KETOGENIK. Ianya terbukti:

  • Selamat dan efektif kerana bersumberkan alami.
  • Bertindak mengikit sistem penurunan berat badan secara semulajadi dan maksimum.
  • Memulihkan punca pertambahan berat dan bukannya hanya merawat simptom.
  • Tidak menyebabkan otot menggeleber atau menyebabkan kendur melaikan otot dan kulit yang mantap.
  • Nyahtoksik & pembersihan sistem badan berlaku secara spontan. 
  • Program yang menawarkan ganjaran hebat dengan penurunan yang cepat berbanding dengan program yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori.
  • Berdasarkan jumlah jualan di Asia Pasifik, produk penurunan berat badan dengan NZ New Imange SD2 telah menurunkan 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.
  • Dijamin hasil yang memuaskan, berkesan dan menjimatkan.
- SD2 adalah program menurunkan berat PERTAMA DI DUNIA yang amalkan teknik kharbohidrat rendah. 
- Memegang catatan WORLD GUINNESS BOOK OF RECORDS kategori penurunan terpantas.
- Kunci kejayaan SD2 ialah: TURUNKAN DIET KARBOHIDRAT + KURANGKAN LEMAK.
- Penurunan purata 1 minggu = 3KG ADALAH PASTI! (jika setia pada syarat) Tanpa perlu berlaparan.

Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET 2 membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protein berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protein (protein soya isolate). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan pernafasan dan obesiti. InsyaAllah.

Ianya tidak menyebabkan:
1) Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari.
2) Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.

Pengurangan berat badan melalui SD2 adalah sangat mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

PROTIN:
Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebgai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.

Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel pula digantikan setiap 2 minggu manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.

SLIM DIET 2 atau singkatannya SD2 dari New Image hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SD2. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi dari lemak tepu dan kolestrol.

Alpha Lipid, From New Zealand to Malaysia


SD2 adalah produk pelangsingan badan yang terkenal di New Zealand dan kini baru dipasarkan di Malaysia. Prgram yang berdasarkan kepada penyimpanan protein dan diet ketogenik ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan Harvard Medical University (Dr. George Cahill and Dr. George Blackburn). Hasil dari kajian ini, syarikat NZ New Image Asia Sgn Bhd yang juga pengeluar produk Colostrum Alpha Lipid Lifeline telah menghasilkan produk SD2 yang mempu menggegarkan pasaran di Malaysia.

Dr. George Cahill

Dr. George Blackburn

SD2 berasaskan soya protein isolate yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya diperkaya dengan asid amino, bitamin A, B, C, D, E dan mineral. SD2 juga bukanlah "meal replacement" dimana kita perlu berlapar tetapi "meal supplement" di mana anda perlu makan tanpa meninggalkan ruti harian anda. Oleh itu, semasa menjalani program ini kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.

Selepas 15 hari bersama SDII

Assalamualaikum

Lama saya menghilangkan. Saya mohon maaf kerana saya tidak boleh konsisten untuk terus update Diari Diet saya. Saya masih dalam program SD11. tetapi saya tidak sempat menulis di sini disebabkan tuntutan kerja hakiki yang sangat mencabar. Segala masalah saya kena selesaikan dengan baik. Menjadi sorang 'bos' bukan senang walaupun orang nampak kita di atas. Tetapi saya menerima dengan seadanya jika itu rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan anak anak.

Berbalik kepada Program diet saya bersama Alpha Lipid SDII, pada saya saya telah berjaya. kanapa? sebab saya berjaya turunkan berat badan saya.. semasa hari pertama saya mengambil SD2, berat adalah 79.6kg, dan pada hari ini berat saya ialah 74kg. Sebanyak 5.6Kg saya sudah berjaya buang lemak. syukur disitu..kerana angka telah berubah kan.. Saya bersyukur berat telah turun kerana saya telah mengambil Injection DEPO di mana injection ini telah menyebabkan saya gemuk dan juga boleh melambatkan penurunan berat badan seeseorang. Dan dengan Alpha lipid SD2 saya berjaya mengurangkan berat tersebut. Happy kan.

Pada masa sekarang saya masih dalam program SD2 ini. berat ideal saya belum tercapai kan. Sekarang bulan puasa di harap berlaku penurunan yang lagi besar hehe..

Cukup sampai di sini dulu ye.. ada tuntutan yang mengejar saya

Oh, saya dah menjadi Agen Berdaftar untuk mengedar ALPHA LIPID SD2. 

So, sesiapa yang nak turunkan berat badan, nak order SDII,  nak buat side income atau pun ada sebarang pertanyaan tentang SDII ni boleh hubungi saya ye

012-2123609



liamad @ liamad456@gmail.com



Wednesday 18 July 2012

Diari Diet Day 5

Sambungan diari diet kali ni saya rangkum sekali day 5 6 7 ye.. jom diet  bersama Alpha Lipid SDII

Day 5
15.7.12 (Ahad)

Pagi (Breakfast)

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Sup campur (cendawan, tofu telur + meatball)
3. Air masak

Tengahhari (Lunch)

1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Sup Sayur + tofu telur + fishball, ikan seekor stim
3. Air Masak


Petang (Dinner)

1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Ikan siakap masak 3 rasa, kerang bakar, sayur kailan ikan masin, seketul sup ekor
3. Air Masak


Sebelum tidur (Supper)

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml )
2. Air Masak
Macam biasa antara ke waktu tu saya hanya minum air masak je.. malas satu dan rasa kenyang satu. tetapi makan tetap kena makan. Air masak kan 0 kalori kira makan la jugak tu hehe

Air mesti 2+- liter ye kawan kawan



Day 6
16.7.12 (Isnin)

Pagi (Breakfast)
1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Ayam masak merah seketul, telur mata 1 biji
3. Air masak
Tengahhari (Lunch)
1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. sup , sekor ikan keli bercili
3. Air Masak


Petang (Dinner)
1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Ikan siakap stim, butter prawn, tofu, sayur bendi campur terung
3. Air Masak


Sebelum tidur (Supper)
1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml )
2. Air Masak


 Macam biasa antara ke waktu tu saya hanya minum air masak je.. malas satu dan rasa kenyang satu. tetapi makan tetap kena makan. Air masak kan 0 kalori kira makan la jugak tu hehe

Air mesti 2+- liter ye kawan kawan





Day 7
17.7.12 (Selasa)

Pagi (Breakfast)
1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Kerang sambal, sayur tempe
3. Air masak
Tengahhari (Lunch)
1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Meatball ikea, salmon + brocolli, chicken wings
3. Air Masak



Petang (Dinner)
1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Grill chicken chop tapi kentang saya x makan, only chicken with salad je3. Air Masak


Sebelum tidur (Supper)
1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml )
2. Air Masak


 Macam biasa antara ke waktu tu saya hanya minum air masak je.. malas satu dan rasa kenyang satu. tetapi makan tetap kena makan. Air masak kan 0 kalori kira makan la jugak tu hehe

Air mesti 2+- liter ye kawan kawan


Sekian menu untuk hari ke 5, 6 dan 7.

Kita jumpa lagi nanti ye..

Lia Mad @ liamad456@gmail.com


Diari Diet Day 4

Assalamualaikum..

Sudah lama tak update blog kan. Saya sangat sibuk beberapa hari ini. banyak perkara yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah hari ini masih ada masa terluang walaupun agak terlambatkan.

Jom teruskan diet bersama Alpha Lipid SDII

Day 4
14.7.12 (Sabtu)

Pagi (Breakfast)

1. Shake SDII (2scoop sd2 + air masak 250ml)

2. gambar mnceritakan segalanya hehe.. 2biji telur, salad + tomato
3. Air Masak


Lunch (Tengah hari)

1. Shake SDII (2scoop sd2 + air masak 250ml)
2. Pasembor (tapi yang carbohidrat tu sume saya tak makan), ayam KFC seketul
3. Kangkung sotong

4. Air masak


Petang (Dinner)

1. Shake SDII (2scoop sd2 + air masak 250ml)
2. Ayam KFC 1 ketul, ikan goreng sekor + sayur watercress goreng halia
3. Air Masak

Sebelum tido (Supper)

1. Shake SDII (2scoop sd2 + air masak 250ml)
2. Air masak

Antara waktu nak shake tu saya hanya minum air masak je sebab saya rasa kenyang je hehe.. kalau rasa lapar leh kunyah kunyah nuggget ke apa asalkan ia protein ye. Diet SDII ni dia x bagi kita berlapar ye.. makanlah only protein

Dan selepas 3hari saya mengamalkan SDII, saya sudah timbang.. ada penurunan berat ANGKA.. gembira rasa hati Alhamdulillah.. yang itu nanti saya share yer..

jumpa di Diari diet day 5 pulak..


Lia Mad @ liamad@gmail.com

Friday 13 July 2012

Diari Diet - Day 3


Kita bersambung ke diari diet Day 3 bersama Alpha Lipid SDII

Day 3
13.7.12 (Jumaat)

Pagi (Breakfast)

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Salad, tomato, 2biji telur hancus + blackpepper, 1 ketul ayam menu ni tertukar dgn hari sebelumnya ni.. hehe x pe lah sama je
3. Air masak


ni masak sendiri neh hehe


Saya cuba untuk berskipping, tetapi tak boleh tahan sebab lutut saya sakit. mungkin dia terkejut kot, tetiba je saya melompat lompat. Sudah lama sebenarnya saya tidak exercise, itu sebabnya terjadi obesiti kan. hehe.. untuk menggantikan skipping, saya ber 'chicken dance' dengan sikecil hehe

Antara breakfast ke lunch, saya hanya minum air masak sebab saya malas nak menguyah hehe.. air masak pun makanan jugak kan tapi 0 kalori.. pandai-pandai je saya alter diet ni.. kita tengoklah hasilnya nanti ye hehe


Tengahhari (Lunch)

1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Ayam masak merah, sayur bayam, dan tempe
3. Air Masak

Antara lunch ke dinner saya makan,

1. sate 7cucuk daging + ayam
saya hanya makan sate dan timun bawang sahaja ye.. no nasi impit :)


Petang (Dinner)

1. Shake SDII ( 2 scoop sd2 + 250ml )
2. Ketam masak sup, kacang apa lupa , udang goreng dan kepak ayam grill
3. Air Masak

Dinner semalam lewat, sudah kul 9 malam, dah lah makan banyak tapi redha ajelah hehe


Sebelum tidur (Supper)

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml )
2. Air Masak

Supper saya semalam dah kul 1.30pagi. nasib baik terjaga. lepas dinner saya terus tidur sebab penat hehe.. baguskan saya cakap nak diet tapi lepas makan saya tido.

Exercise saya semalam petang, pergi shopping kat giant, pastu pergi jalan-jalan kat pasar malam Putra Heights tu, beli ketam ikan apa semua.. Beli juga bahan untuk diet SDII ni, tapi tak tau lah saya akan masak ke tak hehe.. Tapi tak pe, yang penting bahan ada bila rasa nak masak, terus on je...

Ada lagi yang saya nak share, tapi kita tunggu di entry yang seterusnya..

Selesai diet saya untuk 3 hari... hari ini hari ke 4, another 12days to go... hoyyehhh



Lia Mad @ liamad456@gmail.com



Diari Diet - Day 2

Assalamualaikum..

Sepatutnya semalam saya sudah membuat catatan untuk menu diet pada hari je 2, tetapi disebabkan masalah internet maka kita bersambung hari ini lah ye.

Jadi Diari Diet hari ke 2 bersama Alpha Lipid - SDII di teruskan

Day 2
12.7.12 (Khamis)

Pagi (Breakfast)

1. Shake SDII (2 scoop + 250ml air masak)
2. Skipping 104 kali ni untuk cepatkan je so kena exercise le... tamak x sabar nak kurus hehe
3. 2 biji telur setengah masak
4. Air suam


sebab malas saya makan kat kedai mamak aje..

Antara waktu pagi ke tengahhari saya hanya minum air masak je.. sebabnya hari ni saya rasa sangat malas hehe


Tengahhari (Lunch)

1. Shake SDII ( 2 scoop SD2 + 250ml air masak)
2. Tofu telur masak sos tiram + sayur, udang goreng dan sambal belacan.
3.Air Masak


ni lunch saya masak sendiri, menu rekaan campak-campak ajo

Antara lunch ke petang saya hanya minum air masak jugak.. sebab kemalasan sangat melanda kan..


Petang (Dinner)

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Ayam goreng asam jawa, tauhu goreng 3 ketul dan sambal belacan gambar xder coz malas kan huhu
3. Air Masak
4. Skipping 87kali ajo

Antara dinner ke nak tido tu saya minum air masak, dan tertidur, selepas tu bagun lagi bila teringat belum shake kali ke 4


Sebelum tidur (Supper)

1. Shake SDII ( 2 scoop + 250ml air masak)
2. Air masak

Setiap kali terjaga dari tido, saya mesti minum air masak 1 gelas, biasalah orang ada anak kecil kan mesti terjaga buat susu anak hehe


Air masak mesti lebih ye.. 2 liter++
Sekian untuk hari ke 2, jap lagi kita ke hari ketiga lak ye...

Mesti Rajin tau, tak nak malas.. ingatan untuk diri sendiri..




Wednesday 11 July 2012

Diari Diet - Day 1

Hai..

Enty ke dua untuk hari ini. Saya mesti tulis cepat cepat, takut nanti saya lupa. Untuk rujukan di masa akan datang kan. Jadi diet saya bersama Alpha Lipid SDII akan dikongsi bersama. Saya berjaya melepasi hari pertama. Hari ni dah hari kedua. Moh kita tengok apa menu semalam ye.

Day 1
 11.7.2012 (Rabu)

Pagi (Breakfast)
  1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
  2. 2 biji telur setengah masak
  3. 3 pcs sosej
  4. Air masak

ini je yg ada gambar :)
org lain makan roti canai.. tapi saya maintain tak tergugat pun hehe


Antara waktu pagi nak ke lunch, saya rasa lapar saya kunyah sosej. itu sebabnya kat menu pagi saya letak sosej 3pcs. dan minum air masak.

Tengahhari (Lunch)

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Ikan keli goreng belado , sayur terung kari, ayam masak sup 2 ketul
3. Air masak

Antara lunch ke dinner saya rasa lapar saya makan sayur salad digulung dengan telur masin, owh sedapnya.. teringat2 lah pulak

lunch tiada picture coz lupa..

Ini untuk mempercepatkan lagi pembakaran lemak jadi saya berusaha dengan senaman - skipping. betul ke ayat.
Semalam, jam 5.30 petang, saya berskipping sebanyak 100 kali dengan menggunakan tali skipping yang hanya berharga rm 2.50 ini hehe



Petang (Dinner)
Dinner saya semalam jam 7.00pm.

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Salad, tomato, ayam goreng asam jawa, tauhu goreng, telur masin dan sambal belacan
3. Air masak


dinner semalam, ada sosej lebih  tu tapi saya tak makan hehe
tengok pic banyakkan, tapi saya tak menghabiskan semuanya, saya mengamalkan konsep makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang..

Antara dinner ke supper saya hanya minum air masak sebab dah x lapar, cuma dahaga ajo


Sebelum tidur (Supper)

1. Shake SDII (2 scoop sd2 + 250ml air masak)
2. Air masak

Shake terakhir malam tadi jam 11.30pm. saya dah tidur sebelum itu dan terjaga bila teringat belum shake2 lagi hehe. 

Air masak mesti minum 2liter ++ ye.

Lagi 14hari to go.

Sekian untuk hari pertama.




Lia Mad @ liamad@gmail.com


BMI (Indeks Jisim Tubuh)

Assalamualaikum...

Semalam 11.7.12, saya telah berjaya melalui 1 hari diet bersama SDII. Alhamdulillah. Sudah lepas 1 hari. Perasaan saya? Sudah tentu saya gembira dan lansung tiada tekanan.

Diet bersama SDII ni sebenarnya diet protein. maknanya kita tak boleh makan makanan berkorbohidrat. Jadi nasi dan segala mee dan kentang dan apa lagi yg menyumbang karbohidrat mesti dielakkan. Nak seribu dayakan dan tak nak seribu dalih. Seperti saya, saya hanya perlu bersabar untuk 15hari sahaja untuk melihat hasilnya.. Jika saya berjaya melepasi 15 hari itu maknanya apa hehe.. Dan jika ada penurunan, mesti saya akan teruskan sehingga berat ideal saya tercapai. Target 15hari tu saya sendiri yang letak bukan ditetapkan oleh SDII program yer. hehe.. Matlamat kena jelas kan.. Berapa kilo kita turun kita tengok nanti, sebabnya saya tak nak ckp saya mau turun this amount kg, sebab saya takut kecewa nanti. Jadi selepas 15hari ada turun ke tak kan.

Cara nak kira BMI iaitu berat ideal kita: info ni kat (sila click bmi)

Berat (kg) / (tinggi (m) x tinggi (m) )

contohnya begini:

Berat saya: 79.6kg
Tinggi saya: 154cm = 1.54m

Jadi: 79.6kg / (1.54m x 1.54m) = 79.6kg / 2.37m = 33.59

BMI saya ialah 33.59

Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI : 

Kurang berat :  BMI kurang dari 20

Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9

Berat badan berlebihan  : BMI melebihi 25.0

Pra-obes :  BMI 25.0 hingga 29.9

Obes Kelas 1 :  BMI 30.0 hingga 34.9

Obes Kelas 2 : BMI  35.0 hingga 39.9

Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0
Jadi sekarang saya berada dalam Obes kelas 1

Untuk mendapat berat badan normal, kg saya mestilah +- 55kg

Jadi penurunan sebanyak 24.6kg mesti dilakukan.

Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti ye. berapa banyak kg yang boleh saya buang dalam masa 15hari ini.




Tuesday 10 July 2012

Pengembaraan Bermula..

Assalamualaikum..

Hai.. hari ini saya kembali lagi. Saya belum cukup konsisten. Masa yang saya kejar belum mencukupi. Tak mengapa saya cuba lagi sehingga berjaya ye.. Tajuk ialah ' Pengembaraan bermula'. Tajuk yang sangat luas perjalanannya kan.. Untuk apa saya mengembara? oh untuk saya mencapai impian saya yang satu itu hehe. Dan hari ni saya telah menunaikan janji saya di entry ini kan. Eh saya tak tahu macam mana nak link kan dia.. saya cuba lagi ye.

Sila tengok gambar di bawah:




Gambar tersebut saya di atas penimbang berat badan. hehe tak cakap pun orang tahu lah... tak pe lah bagi lah saya cakap ye. Jadi maksud pengembaraan bermula saya itu adalah saya nak menurunkan berat badan. Moga semuanya dipermudahkan.

Pada hari ini saya belum bermula lagi. Hari ini saya baru sahaja menerima produk tersebut. Pada esok hari saya akan memula program ini. Saya target untuk 15hari sahaja. Jadi nanti kita tengok hasilnya ye.

Untuk rekod:
10.7.12 (Selasa)
Berat 79.5kg
Tinggi 154cm

Jadi untuk membantu saya dalam proses menguruskan badan ini saya menggunakan supplement ini.. SDII



Ini produk yang akan saya gunakan. Beli dgn harga Rm180 = 1 tin. Kita tengok result selepas 15hari ye.. Jadi selepas ini saya akan catatkan pengembaraan ini dalam Diari diet saya. Saya kena serius sebab saya sudah cakap dekat satu dunia. huhu jadi saya tak boleh cakap kosong. So bermula tarikh 11.7.12 sehingga 25.7.12, cerita mesti tentang diari diet ini. Huh moga segalanya dipermudahkan.

Sekian perkongsian saya pada kali ini. eh skemanya ayat

Moga saya berjaya kali ini dan boleh memberi harapan baru kepada org yg gumuk mcm saya nak kurus jugak..

Setiap org, lain lain citarasanyakan.. ada yang mau kurus, ada yg gemuk ok je, ada yg sedang-sedang aja.. tapi saya mau kurus sebab mungkin dengan kurus saya tak sakit lutut lagi hehe..



Friday 6 July 2012

Keperluan vs Kehendak

Assalamualaikum...

Hari ni pagi pagi dah buat entry. Hari sabtu kebanyakan orang tak kerja kan. Tetapi bila bekerja sendiri dan terikat dengan komitmen saya perlu bekerja pada hari Sabtu. Hari sabtu adalah hari di mana saya boleh mengemas kini semua kerja kerja yang tertangguh sepangjang hari bekerja yang lain. Ini kerana pada hari ini, org ofis besar tiada, dan panggilan telefon yang masuk pun berkurangan, jadi bolehlah kita memberi tumpuan sepenuhnya. tengok keadaan juga, kekadang kalau saya tiada mood harus keluar juga mengular  hehe

Tetiba hari ni nak tulis tentang tajuk tersebut. Semua orang ada keinginan kan. Ada impian ada cita-cita. Kita semua boleh bermimpi.. tetapi yang penting bagaimana kita nak mencapai mimpi - mimpi tersebut. jika sekadar berangan dan berangan tetapi tiada kuasa tindakan, itu adalah perkara yang sia sia sahaja. Hanya menyakitkan hati dan jiwa raga. Impian saya sangat besar dan impian saya sangat mudah. Cuma belum sampai masanya untuk saya berada dikedudukan itu. Insyaallah suatu masa nanti.

Keperluan adalah sesuatu yang memang perlukan kan? dan kehendak adalah hal yang setelah keperluan itu dipenuhi barulah boleh diikut kehendak tersebut. Betul kan? itu adalah pemahaman saya sahaja. Kadang kadang disebabkan pemahaman saya ini sering menjadi salah sangka untuk orang lain. Tidak mengapa, asalkan apa yang kita buat benar di jalan Allah itu yang penting.

Sekarang saya tengah set kan kat mind saya bahawa apa yg saya nak itu hanyalah kehendak sahaja. Jadi saya mestilah bersabar sehingga segala keperluan dipenuhi baru saya boleh tunaikan kehendak tersebut.

Sabar itu separuh dari iman. Jadi sabarlah dalam apa jua keadaan pun. Allah takkan membebankan hambanya jika dia tidak mampu..

Sekian igatan untuk saya :)



Lia Mad @ liamad456@gmail.com

Satu Hari Satu Cerita..

Assalamualaikum..

Boleh ke? 1 hari saya berkongsi satu cerita? eh macam 1 Malaysia pulakkan.. Saya cuba untuk konsisten. Saya cuba untuk semuanya. Sekarang saya sedang cuba membina diri untuk menjadi seorang khalifah yang baik yang sentia ingat Allah, yang sentiasa menjadikan Allah yang pertama. Saya sedang belajar untuk menjadi lebih sabar, lebih cool dan lebih matang. Kenapa? sebab rasanya pada tahun tahun yang lepas banyak kekurangan yang telah saya lakukan. Tak salah kan untuk saya menjadi manusia yang lebih baik.

Oh saya ada lagi sebab untuk 'berblog'. Nanti saya kongsikan perjalanan saya untuk mencapai salah satu impian saya itu ye. Saya belum bermula lagi. Hanya bersabar dalam masa beberapa hari je lagi. Hehe.. Orang cakap duit bukan segala - galanya.. Ye saya setuju..tapi zaman sekarang segala-galanya perlukan duit kan? cuma bagaimana kita hendak mengawal duit tersebut je. Perjalanan saya untuk 'itu' akan saya kongsikan nanti. Oh banyak sungguh janji saya ye. Insyaallah, dengan izinnya semua itu akan dilaksanakan. Moga Dia memudahkan semuanya.

Saya sekarang masih menyesuaikan diri, dan jika perkara ini tidak boleh dikawal lagi, mungkin saya akan mengundurkan diri. Saya akan berikan semua untuk dia buat A to Z. Saya masih belajar dan saya tahu macammana sepak terajang dunia perniagaan, tetapi sebelum saya mengundur diri, saya mesti ada 'back up' yang lebih baik bukan. Jangan membuat sesuatu mengikut kata hati sahaja.. fikir dan rancanglah dengan teliti. Saya masih gagal dalam perancangan, tetapi saya juga mencuba untuk mencapai kejayaan melalui kegagalan tersebut. Sebelum berjaya mestilah kena gagal dulu kan, baru lah kita akan menghargai kejayaan yang akan kita perolehi.

Panjang dah saya menulis. Berhenti dulu dan sambung lagi.

Cerita tanpa gambar tak menarikkan. Takpe nanti kita masukkan gambar pulak. Sekarang saya tengah belajar macammana nak watermark gambar. Tentang it, gadjet saya tak berapa expert, setakat tahu je.. tapi tak pe yang penting kita ada hati nak belajar kan. Malu bertanya sesat jalan, walaupun kadang-kadang orang gelakkan saya kerana soalan yang saya tanya sangat senang padanya tetapi bukan pada saya.

Untuk bahagia kita yang tentukan caranya.. ingat tu..

Sekian.


Lia Mad @ liamad456@gmail,com

Wednesday 4 July 2012

Terbina lagi..

Assalamualaikum..

05.07.12 bersamaan 15 Syaaban1433 Hijrah. Sekali lagi saya membina catatan maya ini. Semalam saya terbaca satu entry buat pertama kali diblog beliau. Akhirnya saya tahu kenapa saya mesti berblog.

Sebab pertama yang saya perlu berblog adalah untuk menyimpan kenangan tumbesaran anak anak yang tercinta. Saya rasa saya semakin lupa. Semakin lupa apa yang terjadi pada hari selepasnya. Risau dengan masalah lupa ini jadi saya perlu mengabadikan semua kenangan anak anak di sini. Saya mesti rajin untuk mencatat setiap perkembangan mereka. "Mama cuba ye anak anak"

Sebab kedua, saya boleh mencatat ilmu yang bermanfaat - insyaallah jika perkara baik yang dikongsi berpanjanganlah pahala bekalan di akhirat kelak. Seruan ini saya peroleh semalam. Dimalam bertukarnya buku baru dalam hidup kita. Moga saya dapat mengumpul amalan yang lebih baik pada buku kali ini. Buku yang lepas terasa amat kosong.. Terima kasih ya Allah..

Sebab ketiga, saya nak catat segala perjalanan hidup sehingga destinasi yg saya nak tuju..sekurang kurangnya saya boleh review apa yang saya telah lakukan pada masa lepas, kini, dan akan datang.

Ada banyak lagi sebab yang positif, tetapi nanti saya tulis dari semasa ke semasa. Mendapat nafas baru di hari buku amalan bertukar yang baru. Terima kasih ya allah. Moga saya lebih konsisten..

Moga saya boleh menjadi seorang manusia yang lagi baik terhadap Allah, Rasul, ibubapa, suami, anak anak, adik beradik, kawan-kawan, saudara mara dan juga untuk seluruh umat Islam.

Hidup ini indah jika kita hendak melakarnya dengan keindahan dan sebaliknya..

Untuk bahagia kita yang tentukan bagaimana.

Sekian, Wassalam


Saya yang menulis

Lia Mad @ 28tahun 9hari