Wednesday 4 July 2012

Terbina lagi..

Assalamualaikum..

05.07.12 bersamaan 15 Syaaban1433 Hijrah. Sekali lagi saya membina catatan maya ini. Semalam saya terbaca satu entry buat pertama kali diblog beliau. Akhirnya saya tahu kenapa saya mesti berblog.

Sebab pertama yang saya perlu berblog adalah untuk menyimpan kenangan tumbesaran anak anak yang tercinta. Saya rasa saya semakin lupa. Semakin lupa apa yang terjadi pada hari selepasnya. Risau dengan masalah lupa ini jadi saya perlu mengabadikan semua kenangan anak anak di sini. Saya mesti rajin untuk mencatat setiap perkembangan mereka. "Mama cuba ye anak anak"

Sebab kedua, saya boleh mencatat ilmu yang bermanfaat - insyaallah jika perkara baik yang dikongsi berpanjanganlah pahala bekalan di akhirat kelak. Seruan ini saya peroleh semalam. Dimalam bertukarnya buku baru dalam hidup kita. Moga saya dapat mengumpul amalan yang lebih baik pada buku kali ini. Buku yang lepas terasa amat kosong.. Terima kasih ya Allah..

Sebab ketiga, saya nak catat segala perjalanan hidup sehingga destinasi yg saya nak tuju..sekurang kurangnya saya boleh review apa yang saya telah lakukan pada masa lepas, kini, dan akan datang.

Ada banyak lagi sebab yang positif, tetapi nanti saya tulis dari semasa ke semasa. Mendapat nafas baru di hari buku amalan bertukar yang baru. Terima kasih ya allah. Moga saya lebih konsisten..

Moga saya boleh menjadi seorang manusia yang lagi baik terhadap Allah, Rasul, ibubapa, suami, anak anak, adik beradik, kawan-kawan, saudara mara dan juga untuk seluruh umat Islam.

Hidup ini indah jika kita hendak melakarnya dengan keindahan dan sebaliknya..

Untuk bahagia kita yang tentukan bagaimana.

Sekian, Wassalam


Saya yang menulis

Lia Mad @ 28tahun 9hari

No comments:

Post a Comment