Tuesday 10 July 2012

Pengembaraan Bermula..

Assalamualaikum..

Hai.. hari ini saya kembali lagi. Saya belum cukup konsisten. Masa yang saya kejar belum mencukupi. Tak mengapa saya cuba lagi sehingga berjaya ye.. Tajuk ialah ' Pengembaraan bermula'. Tajuk yang sangat luas perjalanannya kan.. Untuk apa saya mengembara? oh untuk saya mencapai impian saya yang satu itu hehe. Dan hari ni saya telah menunaikan janji saya di entry ini kan. Eh saya tak tahu macam mana nak link kan dia.. saya cuba lagi ye.

Sila tengok gambar di bawah:




Gambar tersebut saya di atas penimbang berat badan. hehe tak cakap pun orang tahu lah... tak pe lah bagi lah saya cakap ye. Jadi maksud pengembaraan bermula saya itu adalah saya nak menurunkan berat badan. Moga semuanya dipermudahkan.

Pada hari ini saya belum bermula lagi. Hari ini saya baru sahaja menerima produk tersebut. Pada esok hari saya akan memula program ini. Saya target untuk 15hari sahaja. Jadi nanti kita tengok hasilnya ye.

Untuk rekod:
10.7.12 (Selasa)
Berat 79.5kg
Tinggi 154cm

Jadi untuk membantu saya dalam proses menguruskan badan ini saya menggunakan supplement ini.. SDII



Ini produk yang akan saya gunakan. Beli dgn harga Rm180 = 1 tin. Kita tengok result selepas 15hari ye.. Jadi selepas ini saya akan catatkan pengembaraan ini dalam Diari diet saya. Saya kena serius sebab saya sudah cakap dekat satu dunia. huhu jadi saya tak boleh cakap kosong. So bermula tarikh 11.7.12 sehingga 25.7.12, cerita mesti tentang diari diet ini. Huh moga segalanya dipermudahkan.

Sekian perkongsian saya pada kali ini. eh skemanya ayat

Moga saya berjaya kali ini dan boleh memberi harapan baru kepada org yg gumuk mcm saya nak kurus jugak..

Setiap org, lain lain citarasanyakan.. ada yang mau kurus, ada yg gemuk ok je, ada yg sedang-sedang aja.. tapi saya mau kurus sebab mungkin dengan kurus saya tak sakit lutut lagi hehe..



No comments:

Post a Comment