Friday 27 July 2012

Menu Semasa ber SD2

Uutuk anda yang mengamalkan Slim Diet 2, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu lebih kreatif untuk pelbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan karbohidrat dan gula) supaya kita lebih banyak pilihan dan tidak cepat jemu melihat makanan yang sama setiap hari. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan.

Buat permulaan, fokus makanan anda kepada 5 jenis lauk pauk ini: ayam/burung, ikan, daging, telur dan makanan laut. Lima jenis makanan ini tiada limit untuk anda makan sehari. Makanan yang lain ada mengandungi karbohidrat dan anda harus kira berapa gram kharbohidratnya setiap hidangan untuk anda makan.

SARAPAN PAGI:
1) Telur - mata kerbau, setengah masak, omelet (campur sausage, bawang, capsicum dan tomato)
2) Sausage - rebus, grill, slice kecil dan goring
3) Burger daging & ayam
4) Ayam kukus dengan spiced
5) Fish finger.fillet (cari yang chunky kurang tepung)

MAKAN TENGAHARI:
1) Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telur itik dan sayur hijau dalam apa juga cara masakan
2) Young tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuah coklat yang manis

MAKAN MALAM:
1) Sup, tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur
2) Sate ayam, lembu, daging, perut etc (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)
3) Tahu bakar dan sotong kangkung
4) Watern: Chicken chop, Lamp chop, steak (kurangkan kuah & jangan makan kentang)
5) Sama dengan makan tengah hari

SNEK:
1) Tempe / ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan cili potong (jangan ambil terlalu banyak dalam sehari kerana tempe masih ada karbohidrat)
2) Nugget ayam, drummet, fish fingers (perhatikan label kandungan karbohidrat tidak melebihi 35gram sehari)


NOTA:
1. Makanan yang diproses seperti sosej, daging burger, fishfingers, nugget ayam, drummet dan seumpamanya masih mengandungi karbohidrat lebih kurang 4gram setiap keping. Bergantung kepada jenama makanan tersebut.

2. Makanan dari bahan soya seperti tauhu, tempe, air soya tanpa gula, taufufa tanpa gula dan seumpamanya bukan jenis protein isolate dan masih memnpunyai 30gram karbohidrat setiap 100gram makanan.

3. Jangan ambil lebih dari 35gram net karbohidrat sehari untuk badan masih membakar lemak.

4. Kalau makan diluar ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi pada kuah blackpepper atau mushroom sos.

5. Kebanyakan chilli/tomato sos ada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Baca dulu label dibelakang botol tersebut dan lihat berapa kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.

6. Kuah atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.

7. Buah-buahan juga mengandungi gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.

No comments:

Post a Comment